Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, kata tiada keperluan untuk peguam negara diarahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong.PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tiada keperluan untuk peguam negara diarahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan isu perundingan berhubung pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib Razak.

Asyraf berkata Perlembagaan memperuntukkan kuasa pengampunan terletak pada Agong dan dilaksanakan menerusi lembaga pengampunan, termasuk kuasa memberi pengampunan, mengurang atau meringankan hukuman.

"Jadi, apabila Agong sudah menitahkan perkara itu melalui proses yang sewajarnya, iaitu menerusi lembaga pengampunan, keputusan berkenaan tidak boleh dipertikaikan.