SHAH ALAM : Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar diminta supaya segera menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menjelaskan isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sesi menghadap itu membolehkan Mohd Dusuki menjelaskan kekangan undang-undang yang timbul berikutan titah berkenaan, khususnya apabila ia turut membabitkan kes kedua Najib berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya telah minta supaya Peguam Negara segera menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong memohon ampun dan menjelaskan mengapa keputusan itu diterima untuk kes SRC, tetapi ada masalah kerana melibatkan kes kedua iaitu kes 1MDB.










