Disebalik orang yang berjaya dalam kehidupan, pastinya mereka telah melalui pelbagai pengalaman yang mematangkan diri.

Begitu juga Pengarah Klinik Keluarga Dan Surgeri 24 Jam, Dr. Raymond Rony Pav. Kesungguhannya dalam membantu pesakit dibentuk daripada pe­ngalaman hidup yang pernah dilalui.

Membesar dalam keluarga yang berdepan kesukaran kewangan membuatkannya memahami kesukaran golongan kurang berkemampuan mendapatkan rawatan kesihatan sewajarnya.

Raymond memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan Siswazah di Hospital Sultan Ismail. Sepanjang ber­khidmat di hospital berke­naan, dia berpeluang mengendalikan pelbagai kes termasuk patah tulang, kan­ser, kecederaan tisu dan masalah berkaitan sistem muskuloske­letal (struktur tubuh manusia).