KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada membabitkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah hingga Rabu ini.Ketua Pengarah Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara hingga Rabu yang berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, khususnya di kawasan pantai timur Semenanjung dan timur Sabah.Menerusi kenyataan yang dikemas kini setakat 8.30 pagi ini, Mohd Hisham berkata amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan lima jajahan di Kelantan iaitu Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Pasir Puteh.Amaran sama turut melibatkan hampir keseluruhan daerah di Terengganu merangkumi Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang, Kuala Terengganu serta Kuala Nerus.Pada masa sama, amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan bagi empat jajahan di Kelantan iaitu Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli, selain Hulu Terengganu, Terengganu.Keadaan sama diramal turut melibatkan Kuantan, Pekan, Rompin dan Jerantut di Pahang selain Kudat, Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan serta Kinabatangan di Sabah.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi dan media sosial MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan talian 1-300-22-1638. - Bernama
Hujan berterusan tahap buruk, waspada diramal landa Pantai Timur dan Sabah hingga Rabu

Key takeaways
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada untuk beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah hingga Rabu ini akibat kemasukan luruan monsun.
- Kelantan dan hampir keseluruhan Terengganu menerima amaran hujan berterusan tahap buruk.
- Amaran tahap waspada dikeluarkan untuk empat jajahan di Kelantan dan Hulu Terengganu.
- Beberapa daerah di Pahang dan Sabah turut diramal mengalami hujan lebat berterusan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Hujan berterusan tahap buruk, waspada diramal landa Pantai Timur dan Sabah hingga Rabu (this story)








