TINDAKAN pemain import Selangor FC, Eduardo Sosa menunjukkan isyarat tangan menyerupai simbol wang selepas dilayangkan kad merah mencetuskan tanda tanya dan menjadi perhatian di media sosial.Insiden itu berlaku ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Kuching City FC yang menyaksikan Selangor tersingkir selepas tewas dengan agregat 2-3.Kejadian berkenaan tercetus selepas pengadil melayangkan kad merah kepada Sosa susulan kekecohan yang berlaku sejurus Kuching City meledak gol kedua yang juga jaringan kemenangan pasukan tuan rumah.Kekecohan itu dipercayai bermula apabila timbul dakwaan berlaku provokasi oleh pemain Kuching City berhampiran bangku simpanan Selangor selepas jaringan tersebut.Situasi tegang itu juga menyaksikan pengadil melayangkan kad merah kepada Sosa dan jurulatih kecergasan Selangor, Joel Dones.Bagaimanapun, ketika diiringi keluar dari padang, Sosa dilihat melakukan isyarat tangan menyerupai simbol wang yang kemudiannya tular di media sosial.Tindakan Sosa berkenaan berpotensi mengundang tindakan disiplin sekiranya didapati melanggar peraturan pertandingan, sekali gus membuka ruang kepada kemungkinan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemain import itu.
Apa yang cuba disampaikan Sosa?

Key takeaways
Tindakan Eduardo Sosa membuat isyarat tangan menyerupai simbol wang selepas dikad merah dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Kuching City FC telah menjadi tular di media sosial.
- Selangor FC tersingkir daripada Piala FA selepas tewas dengan agregat 2-3 menentang Kuching City FC.
- Kad merah dikeluarkan kepada Sosa dan jurulatih kecergasan Joel Dones susulan kekecohan selepas gol Kuching City.
- Tindakan Sosa berpotensi mengundang tindakan disiplin sekiranya didapati melanggar peraturan pertandingan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗









%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FTrumpandDanaWhiteintheSpotlight_435224.png&w=480&output=webp&q=85&we)