KUALA LUMPUR: Lima jajahan di Kelantan dan tujuh daerah di Terengganu diramalkan hujan berterusan tahap buruk.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk itu dijangka sehingga Rabu.

Kenyataan itu berkata, amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan membabitkan lima daerah, iaitu Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Pasir Putih.

Di Terengganu, amaran sama meliputi Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.