Florida: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad berkata beliau hanya bergurau berkenaan hasrat melantik ketua Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White sebagai Setiausaha Akhbar Rumah Putih yang baharu selepas mengumumkan di media sosial bahawa beliau sudah menawarkan jawatan itu kepada rakan karibnya, lapor Associated Press (AP).
Susulan kekalahan besar partinya dalam pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa, Trump melakukan rombakan pentadbiran pada Jumaat dengan menggantikan ketua kakitangannya, sebelum memuat naik hantaran pada Sabtu yang menyatakan bahawa beliau sudah menawarkan jawatan setiausaha akhbar kepada White.
Bagaimanapun, pada Ahad, Trump berkata, perkara itu sekadar 'gurauan kecil.'










