Shah Alam: Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) 3.0 bagi Kategori Tanggungan Kanak-Kanak dibuka mulai jam 10 pagi esok dengan bantuan kewangan RM300 sebulan ditawarkan kepada keluarga yang layak.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, bantuan itu akan diberikan kepada setiap penerima yang layak bagi tempoh manfaat selama 12 bulan.

Beliau berkata, penyelarasan tempoh manfaat daripada 24 bulan kepada 12 bulan membolehkan semakan semula dan proses pembaharuan dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan bantuan disalurkan secara lebih bersasar.

Katanya, permohonan bagi kategori berkenaan boleh dibuat menerusi aplikasi SELANGKAH.