KUALA LUMPUR – Demi masa depan anak, pelakon dan pempengaruh media sosial Norreen Iman menegaskan bahawa perpisahan bukan alasan untuk memutuskan hubungan silaturahim mahupun bermusuh dengan bekas suaminya, Mohd. Razzi Abd Razak.

Menurut Norreen, 32, dia dan bekas suami mengamalkan pendekatan pengasuhan bersama (co-parenting) yang sihat agar anak-anak tidak berasa kehilangan kasih sayang kedua ibu bapa mereka.

“Kalau jumpa dan lihat kami dengan anak-beranak di luar, semua itu kerana anak masih perlukan kami.

“Walaupun bukan lagi suami isteri, tak bermakna kami langsung tidak boleh nak berjumpa bila-bila.