Apabila menelusuri fasa keibubapaan pada hari ini, kebanyakan ibu bapa generasi milenial kini berada dalam fasa menguruskan anak-anak yang masih di peringkat sekolah rendah.
Dalam fasa perkembangan yang amat kritikal ini, kesedaran terhadap kepentingan pendidikan semakin berkembang segar dalam kalangan masyarakat secara keseluruhannya.
Hasrat untuk melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran bukanlah sesuatu yang baharu, malah ia merupakan cita-cita sejagat setiap generasi ibu bapa.
Cuma pada hari ini, pendekatan dan kaedah penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak dilihat semakin praktikal dan menyeluruh, selari dengan perubahan zaman serta sistem pendidikan semasa.









