Selepas episod perceraian dan bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, pelakon, Puteri Sarah Liyana kini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya.

Jika dulu namanya tular dengan pelbagai isu dan kontroversi termasuk kemelut rumah tangga bersama bekas suami, kini, Puteri Sarah memilih untuk hidup tenang dan memberi tumpuan pada kerjaya dan perniagaan.

Apa yang menjadi keutamaan adalah untuk membesarkan dua anaknya iaitu Syaikhul Islam, 9, dan Sumayyah, 7, dengan sebaik mungkin serta memberikan pendidikan terbaik dan kehidupan selesa buat mereka.

Secara peribadi, Puteri Sarah atau pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, berkata, dia akui pernah melakukan kesilapan apabila meluahkan kemarahan di media sosial ketika berdepan kemelut rumah tangga.