Kuala Lumpur: Ancaman perang hibrid melalui serangan siber bakal menjadi 'medan peperangan' baharu, malah mampu dilaksanakan dengan lebih berkesan berbanding peperangan konvensional.
Kebiasaannya serangan akan menyasarkan aset kritikal sesebuah negara dan mampu melumpuhkan perkhidmatan asas.
Mendedahkan perkara itu, Felo Kanan Institut Keamanan Global (GPI) London, United Kingdom (UK), Prof Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, sasaran serangan siber turut merangkumi grid bekalan elektrik, air, sistem perbankan sehingga rantaian bekalan makanan.
Beliau berkata, perkara ini sudah dibuktikan menerusi beberapa serangan terhadap sektor makanan di Eropah sejak 11 Oktober lalu.









