Kuala Lumpur: Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, semalam membangkitkan persoalan mengenai ketelitian penyediaan dokumen rasmi kehakiman yang menjadi rujukan dalam pelaksanaan perintah tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas kecacatan didakwa pada dokumen Order of Discharge Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkait hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu yang mencetuskan persoalan dalam kalangan pengamal undang-undang, beliau berkata, ia sepatutnya tidak timbul sekiranya pihak terbabit mengambil langkah meneliti setiap butiran dengan cermat dan teliti.
Mohd Dusuki menegaskan kepada BH, kecacatan yang dikesan pada dokumen berkenaan adalah sesuatu yang ketara dan tidak sepatutnya berlaku dalam sistem perundangan negara.








%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FTrumpandDanaWhiteintheSpotlight_435224.png&w=480&output=webp&q=85&we)

