KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memantau perkembangan dan kesan pelaksanaan tarif timbal balas susulan kekalahan Parti Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu juga dibincangkan secara teliti dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, khususnya membabitkan kesan jangka pendek dan sederhana terhadap negara.
Beliau berkata, Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dengan pentadbiran AS ketika ini, selain menjalin kerjasama dengan anggota Kongres sedia ada dan baharu, termasuk ahli Dewan Perwakilan.
"Tapi secara peribadi saya menyambut baik perkembangan ini kerana ia membawa mesej penolakan rakyat terhadap politik yang berasaskan kebencian, perkauman dan keganasan.









