Penganalisis meragui peluang Bersatu pada PRN Melaka, namun bertanding solo mungkin akan membantu pada PRU16. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Penganalisis meragui Bersatu dapat mencapai sasaran tujuh kerusi untuk PRN Melaka, berdasarkan kedudukan parti itu di negeri tersebut.

Azmi Hassan.Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata keberadaan selama tempoh tertentu tidak bererti parti itu mampu memenangi kerusi.

"Muhyiddin Yassin (presiden Bersatu) agak yakin dengan tujuh kerusi. Saya rasa hujah itu tidak realistik, kerana Bersatu 'survive' di Negeri Sembilan juga tapi 23 daripada 24 calon mereka hilang deposit (dalam PRN Negeri Sembilan)," katanya kepada FMT.

Beliau berkata, hilang deposit dikatakan petanda tiada sokongan. "Negeri Sembilan dikatakan sesuatu malapetaka bagi Bersatu. Apa bezanya di Melaka?"