DUNGUN: Lelaki yang ditangkap penduduk FELDA Kerteh 3 di sini semalam, selepas dipercayai menipu seorang wanita warga emas, direman empat hari bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Ab Halim Nik Mat, berkata perintah reman ke atas suspek berusia 29 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Dungun, pagi tadi.
Katanya, isteri suspek yang berusia 29 tahun dan dipercayai turut terbabit dalam kes itu, dibebaskan dengan jaminan polis berikutan keadaannya yang sarat dan dijangka bersalin Jumaat ini.
"Kedua-dua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.









