Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri tidak menunjukkan peningkatan ketara dengan 1,084 mangsa direkodkan setakat jam 8 malam tadi. Semakan di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, kesemua mangsa kini ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara di Selangor, Perak dan Sarawak.
Selangor merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 694 individu, merangkumi 190 keluarga. Kesemua mereka ditempatkan di tujuh PPS di empat daerah iaitu Kuala Selangor, Hulu Langat, Gombak dan Sabak Bernam.
Sementara itu di Perak, seramai 383 mangsa membabitkan 116 keluarga ditempatkan di Larut, Matang dan Selama serta Hilir Perak.
Di Sarawak pula, sebuah keluarga dengan tujuh individu ditempatkan di Miri.









