Pendidikan yang baik perlu turut membentuk individu yang mempunyai adab, akhlak serta nilai kemanusiaan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.KOTA BHARU: Isu kesihatan mental dan keselamatan kanak-kanak yang semakin membimbangkan menuntut tanggungjawab bersama kerajaan, institusi pendidikan dan ibu bapa khususnya dalam memperkukuh pendidikan agama, nilai serta pembentukan sahsiah sejak kecil, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pelbagai kes membabitkan kanak-kanak termasuk bunuh diri, penderaan dan buli menunjukkan perlunya penelitian semula terhadap peranan semua pihak dalam memastikan kesejahteraan serta keselamatan golongan itu.
Anwar berkata tanggungjawab membentuk sahsiah anak bukan hanya terletak pada institusi pendidikan, guru dan kerajaan sebaliknya bermula daripada keluarga sebagai asas utama pembentukan peribadi seseorang.







