PETALING JAYA – Seorang pemandu wanita didakwa memandu laju sehingga melanggar belakang sebuah kereta lain serta melarikan diri, dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Johor.

Kejadian berlaku pukul 10.51 pagi hari ini dan ia dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV), manakala video itu dikongsikan seorang pengguna Threads Mn.hkm.

Pada video berkenaan, kelihatan sebuah kereta didakwa memandu laju dan ia disyaki melanggar bahagian tepi sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di hadapan sebuah rumah.

Pemandu wanita itu bergerak ke hadapan dan berhenti serta keluar dari kenderaannya sebelum meneruskan perjalanan, tanpa memeriksa kereta yang didakwa dilanggarnya.