Peluang itu akhirnya membawa Sharman ke angkasa lepas apabila beliau berlepas menaiki kapsul Soyuz TM-12 milik Soviet pada 18 Mei 1991.
Key takeaways
Iklan pekerjaan yang ditemui secara tidak sengaja membawa Helen Sharman, seorang ahli sains makanan, menjadi individu pertama dari Britain yang mengembara ke angkasa lepas melalui misi Project Juno pada 18 Mei 1991.
- Sharman berusia 27 tahun dan bekerja sebagai ahli sains makanan sebelum menerima tawaran Project Juno.
- Beliau terbang dengan kapsul Soyuz TM-12 dan menghabiskan lapan hari di stesen Mir.
- Latihan intensif selama 18 bulan di Star City, Rusia, menyiapkannya untuk misi tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
SIAPA sangka iklan pekerjaan yang ditemukan secara tidak sengaja mengubah kehidupan Helen Sharman daripada seorang ahli sains makanan kepada individu pertama dari Britain yang mengembara ke angkasa lepas.
Ketika itu, Sharman berusia 27 tahun dan bekerja sebagai ahli sains makanan sebelum menemukan iklan pengambilan calon untuk menyertai Project Juno, sebuah usaha sama komersial antara Britain dengan Kesatuan Soviet bagi menghantar angkasawan Britain ke stesen angkasa Mir.
Namun, beliau tidak pernah benar-benar menyangka akan terpilih untuk menyertai misi berkenaan.
“Sepanjang proses pemilihan, saya tidak pernah benar-benar percaya bahawa saya akan menjadi orang yang terpilih,” katanya kepada BBC News pada 1991.