KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King terus mempamerkan rentak konsisten selepas melangkah ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters.
Pada aksi pusingan pertama di Gimnasium Kumamoto, Jepun sebentar tadi, juara Terbuka Arctic itu tidak berdepan masalah menewaskan beregu tuan rumah, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi 21-8, 21-14.
Turun berdepan lawan yang menghuni ranking No.17 dunia, Aaron-Roy King langsung tidak menunjukkan gentar meskipun mereka turun sebagai beregu No.55 dunia.
Pasangan negara mendominasi sepenuhnya perlawanan tersebut, terutama di set pertama apabila jauh meninggalkan Kumagai-Nishi sebelum mencatat kemenangan mudah 21-8.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmahfuzz_573851.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)