PERAK TENGAH – Seorang nelayan darat senyum lebar apabila berjaya mendaratkan seekor ikan temoleh seberat 33.85 kilogram di Kampung Aji, Bota Kiri di sini.
Difahamkan, ikan berharga RM100 sekilogram itu ditangkap selepas Muhammad Azizi Salehudin, 37, memasang jaring berhampiran jeti miliknya di situ.
“Antara faktor yang dipercayai ikan temoleh bersaiz besar itu memasuki jaring adalah keadaan paras air Sungai Perak yang semakin dalam serta hujan berterusan sejak kebelakangan ini.
“Selain menangkap ikan Temoleh, saya turut menjadikan aktiviti menangkap ikan di Sungai Perak sebagai sumber pendapatan dengan menjual pelbagai jenis ikan kepada orang ramai,” katanya seperti dilaporkan di status akaun Bota TV di Facebook.









