Kuala Lumpur: Pelakon, Rita Rudaini sanggup mengeluarkan belanja yang besar demi anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam masa terdekat.

Rita, 50, berkata, dia mengakui wujud perasaan bimbang sehingga sanggup mencari kelas tuisyen buat anaknya menerusi platform Threads dan TikTok.

"Mak sekarang macam saya ini, setiap inci saya buat. Bukan kata anak tak boleh buat, cuma saya terlebih risau. Saya cari kelas tuisyen dalam platform Threads dan TikTok.

"Kalau ternampak apa-apa maklumat akademik berkaitan subjeknya, saya akan terus hantar kepadanya sampai anak pun kata, 'apa lagi mummy, apa lagi?," katanya ketika ditemui Harian Metro.