KUALA LUMPUR – Saksi pertama pihak defendan dalam kes saman fitnah melibatkan Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor dan timbalannya, Dr. Saidah Haris @ Harith terhadap pelakon Rita Rudaini Mokhtar, bersetuju bahawa tiada dokumen sokongan dikemukakan bersama memo aduan berkaitan dakwaan kepincangan pengurusan persatuan itu.Persetujuan itu diberikan oleh saksi, Azura Mat Nor, ketika disoal balas pada hari keenam perbicaraan kes berkenaan yang menyaksikan pihak defendan mula memanggil saksi mereka.Ketika disoal mengenai memo aduan yang dikemukakan dalam prosiding, Azura bersetuju bahawa tiada lampiran bukti mahupun tandatangan ibu bapa yang menyokong memo berkenaan dalam dokumen yang diserahkan kepada mahkamah.Bagaimanapun, ketika pemeriksaan semula oleh peguam defendan, beliau menjelaskan memo itu disediakan berdasarkan pelbagai isu yang menurutnya dibangkitkan oleh ibu bapa.Dalam prosiding sama, Azura turut membangkitkan satu pertemuan dengan pihak MUAFAKAT Kebangsaan dan menggunakan ungkapan bahawa pihak plaintif dikatakan tiba-tiba 'korner baring' dalam konteks pertemuan berkenaan.Beliau turut memberikan komen, "Tup2 last min dia kona baringggg.." dengan merujuk kepada Yang Dipertua selaku plaintif pertama.Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada mengetahui komunikasi antara MUAFAKAT MRSM Sungai Besar dengan pihak MUAFAKAT Kebangsaan, saksi mengakui tidak mengetahui perkara tersebut.Saksi turut menyatakan kegagalan Yang Dipertua MUAFAKAT memberikan sebarang respons dalam satu kumpulan WhatsApp, pada pandangannya, menunjukkan plaintif tidak menyokong aktiviti pelajar untuk keluar mewakili sekolah.Selain itu, Azura turut disoal mengenai beberapa kenyataan yang diterbitkan defendan yang didakwa berbentuk sarkastik atau menggunakan ungkapan keras terhadap plaintif.Ketika ditanya mengenai penggunaan perkataan 'narsisis', saksi bersetuju bahawa perkataan itu boleh memberikan pandangan atau gambaran buruk terhadap plaintif.Beberapa ungkapan lain yang menjadi pertikaian dalam saman berkenaan turut disentuh sepanjang prosiding, dengan makna dan kesannya tertakluk kepada penilaian mahkamah berdasarkan keseluruhan konteks serta keterangan yang dikemukakan.Mengenai isu sumbangan dan pencarian dana, Azura menyatakan antara tugas plaintif adalah mendapatkan dana daripada sumber luar.Bagaimanapun, ketika disoal balas, saksi bersetuju bahawa tiada dokumen dalam ikatan dokumen mahkamah yang menunjukkan plaintif banyak meminta wang daripada ibu bapa berbanding mendapatkan sumbangan daripada sumber lain.Saksi turut ditanya mengenai kenyataannya berhubung program melibatkan pelajar yang didakwa dijalankan di luar tanpa surat kebenaran ibu bapa.Ketika disoal mengenai program yang dimaksudkan, Azura bersetuju bahawa program berkenaan tidak ditunjukkan atau dikenal pasti dalam dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah.Perubahan struktur PSG turut dipertikaikanIsu perubahan struktur Parents Support Group (PSG) turut dibangkitkan ketik
Saman Rita Rudaini: Saksi akui tiada dokumen sokongan memo kepada MUAFAKAT Kebangsaan

Key takeaways
Saksi dalam kes saman Rita Rudaini mengakui tiada dokumen sokongan dalam memo aduan yang dikemukakan kepada mahkamah.
- Saksi Azura Mat Nor mengakui tiada lampiran bukti atau tandatangan ibu bapa dalam memo aduan.
- Azura menyatakan memo itu disediakan berdasarkan isu yang dibangkitkan oleh ibu bapa.
- Saksi tidak mengetahui komunikasi antara MUAFAKAT MRSM dan MUAFAKAT Kebangsaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SINAR HARIAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Fail Pentagon dedah saksi akui lihat mayat makhluk asing
- Berita Harian Op Viking: Tiada saksi daripada SPRM setakat ini
- Harian Metro Op Viking: Tiada saksi daripada SPRM setakat ini
- Utusan Malaysia Isu saman sivil tiada kaitan politik – Fathul Bari
- Sinar Harian Saman Rita Rudaini: Saksi akui tiada dokumen sokongan memo kepada MUAFAKAT Kebangsaan (this story)








