Kuala Lumpur: Tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenal pasti dalam kalangan saksi yang dipanggil bagi membantu siasatan Op Viking, berhubung dakwaan kewujudan 'mafia korporat' di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, melalui Op Viking, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) [Akta 613] pada 14 Oktober 2025.
Menurutnya, susulan itu, PDRM sudah mengambil tindakan penahanan beberapa individu serta membekukan dan menyita pelbagai aset yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti berkenaan.








