LEBIH 100,000 aplikasi dibina khusus untuk peranti baharu keluaran Apple, iPhone Duo, sekali gus meningkatkan pengoptimuman untuk pengguna.
Naib Presiden Hubungan Pembangun Sedunia Apple, Susan Prescott berkata, ribuan aplikasi yang dioptimumkan ditambah ke gedung aplikasi berkenaan setiap hari.
Beliau berkata, dalam tempoh sebulan lalu sahaja, ribuan pembangun menyertai bengkel di 19 bandar seluruh dunia untuk merasai sendiri peranti skrin boleh lipat pertama Apple dan menyiapkan aplikasi yang dikemas kini untuk pengguna.
"Keghairahan yang ditunjukkan sangat luar biasa dan kami teruja melihat kadar kemas kini terus meningkat apabila semakin banyak aplikasi sudah dioptimumkan untuk iPhone Duo," katanya.










