Barcelona: Tindakan Julian Alvarez menyuarakan secara terbuka hasratnya untuk meninggalkan Atletico Madrid tidak disenangi rakan sepasukannya, kata pemain tengah Sepanyol, Alex Baena dalam temu bual radio pada malam Isnin.

Penyerang Argentina itu secara terbuka mendedahkan pada Jun lalu bahawa dia sudah berbincang dengan pihak kelab mengenai masa depannya dan berpendapat "perpindahan adalah keputusan terbaik untuk semua pihak", selain menyatakan hasratnya untuk merealisasikan impian.

Presiden Barcelona, Joan Laporta mengesahkan pada Ogos bahawa kelab itu berminat mendapatkan khidmat Alvarez.

Bagaimanapun, Atletico enggan melepaskan pemain berkenaan dalam saga perpindahan yang mendominasi tajuk utama sukan di Sepanyol sepanjang musim panas lalu.