NILAI – Pertengkaran antara bapa dan anak dipercayai menjadi punca kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditinggalkan di tepi jalan sebelum terjatuh ketika berpaut pada kereta di kawasan Plaza Tol Nilai, di sini.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kejadian terbongkar selepas pihaknya menahan bapa mangsa yang merupakan warga China berusia 45 tahun di sebuah rumah di Kuala Lumpur pada pukul 12.15 tengah hari tadi.
Johari berkata, hasil soal siasat mendapati lelaki itu mengaku terlibat dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari semalam.
“Ketika kejadian, lelaki itu bersama ahli keluarganya bertolak dari Cheras, Kuala Lumpur ke Pantai Bagan Lalang, Selangor untuk beriadah.










