KUALA LUMPUR: Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menyasarkan penyertaan kira-kira 700 pempamer dan hampir 20,000 pengunjung dari seluruh dunia bagi edisi 2027 menerusi kerjasama strategik dengan tiga organisasi industri dan perdagangan.
Kerjasama itu membabitkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyertai MIFF 2027 sebagai rakan perdagangan antarabangsa, Majlis Perabot Malaysia (MFC) sebagai rakan industri dan Persatuan Perabot Muar (MFA) sebagai rakan strategik.
Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik MATRADE, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman, berkata kerjasama itu dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan industri perabot negara khususnya dalam memperluas kehadiran pengeksport tempatan di pasaran baharu.









