KUALA LUMPUR: Kepercayaan menggalas nama Malaysia di pentas antarabangsa bukan tanggungjawab kecil, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin penyanyi, Aina Abdul memiliki keupayaan untuk memberikan persembahan terbaik pada pertandingan sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand, 14 November ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, Anwar menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Aina, selain menyifatkan penyertaan penyanyi itu sebagai bukti bakat dan karya anak Malaysia mampu melangkah jauh serta bersaing di peringkat antarabangsa.
Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian Aina yang diberi kepercayaan membawa nama negara pada pertandingan berprestij itu.







