KUALA LUMPUR: Pengalaman mendigitalkan lebih 100 juta halaman dokumen menjadi asas pertumbuhan Pro Office Technology Sdn Bhd (PROOFFICE) daripada perniagaan percetakan kepada penyedia penyelesaian pengurusan maklumat organisasi.
PROOFFICE dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatannya membantu institusi memastikan rekod lebih mudah dicapai, dicari dan digunakan, di samping mengekalkan kawalan terhadap maklumat sensitif.
Ditubuhkan pada 1997 menerusi program keusahawanan dalaman Johor Corporation, syarikat itu kemudian melalui pengambilalihan oleh pihak pengurusan yang diterajui Datuk Mazrol Nizam Abdullah.
Syarikat yang beribu pejabat di Cyberjaya itu kini menawarkan pembangunan perisian, pembekalan perkakasan, sokongan infrastruktur, penyelesaian sandaran data, pengurusan rekod elektronik dan integrasi sistem.










