TANGGA BATU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpandangan tiada keperluan untuk melakukan rombakan Kabinet ketika ini.Sebaliknya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, adalah lebih baik pembubaran Parlimen dibuat bagi memberi laluan kepada rakyat menentukan mandat baharu."Saya tidak nampak adanya keperluan sekarang ini untuk mengadakan rombakan Kabinet, walaupun ada seorang yang mungkin telah komited untuk meletakkan jawatan ketika sampainya Datuk Seri Najib ke rumah beliau bagi menjalani baki hukuman."Sebaik-baiknya bukan rombakan Kabinet. Sebaik-baiknya Parlimen dibubarkan, iaitu kita berikan mandat semula kepada rakyat. Dan kita bentuklah Kabinet baharu selepas itu," katanya selepas ditemui pada program Perhimpunan Kakitangan Kemas Bersama Kepimpinan Tertinggi di sini pada Selasa.Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan berlaku rombakan Kabinet.Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, belum tiba masanya untuk mempertimbangkan rombakan Kabinet.Ia susulan tempoh pelantikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara yang akan berakhir pada 11 Disember ini.Sementara itu, pada 6 November lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya untuk tahanan rumah.Pada 7 November, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah hendaklah dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang. - Awani
'Sebaik-baiknya bukan rombakan Kabinet, tapi bubar Parlimen' - Ahmad Zahid

Key takeaways
Ahmad Zahid menganggap tidak perlu rombakan Kabinet, tetapi lebih baik bubar Parlimen untuk dapatkan mandat baharu rakyat.
- Ahmad Zahid tidak melihat keperluan untuk rombakan Kabinet ketika ini.
- Beliau menyarankan pembubaran Parlimen untuk berikan mandat semula kepada rakyat.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga belum tiba masanya untuk pertimbangkan rombakan Kabinet.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Rombakan Kabinet: Masih terlalu awal – Anwar
- Free Malaysia Today ‘Awal lagi’, kata Anwar berkait rombakan Kabinet
- Harian Metro Masih awal lagi untuk rombakan Kabinet - PM
- Malaysiakini (BM) Rombakan kabinet? Terlalu awal, kata Anwar
- Sinar Harian 'Sebaik-baiknya bukan rombakan Kabinet, tapi bubar Parlimen' - Ahmad Zahid (this story)








