LONDON: Harga minyak meneruskan penurunan daripada sesi sebelumnya hari ini selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menganggap kurang keperluan untuk melancarkan tindakan ketenteraan tambahan terhadap Iran.
Ini sekali gus meredakan kebimbangan mengenai gangguan bekalan berpanjangan di Asia Barat, selain prospek lebihan bekalan turut menjadi tumpuan pasaran.
Niaga hadapan minyak mentah Brent susut AS$2.92 atau 3.15 peratus kepada AS$89.65 setong pada jam 1334 GMT.
Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS merosot AS$2.33 atau 2.68 peratus kepada AS$84.52 setong.









