KUALA LUMPUR: Aspek keselamatan siber menjadi antara keutamaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam pembangunan laman sesawang rasmi Sukan SEA 2027 bagi memastikan platform itu selamat, senang diakses dan tidak mudah terdedah kepada ancaman penggodaman.

Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pembangunan laman sesawang berkenaan dilaksanakan dengan mengambil kira piawaian keselamatan ditetapkan bagi mengelakkan sebarang serangan siber yang boleh menjejaskan kelancaran operasi sepanjang temasya berlangsung.

"Kita mahu memastikan laman sesawang yang dibangunkan ini mematuhi piawaian ditetapkan dan kebal daripada ancaman serangan siber.

"Walaupun perkara itu bukan mudah, kita mahu memastikan laman sesawang ini selamat dan tidak mudah untuk digodam. Itu antara aspek dan faktor yang kita beri perhatian ketika membangunkannya," katanya.