Perdana Menteri Anwar Ibrahim enggan memberi sebarang komen ketika ditanya mengenai kemungkinan berlaku rombakan Jemaah Menteri. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih berahsia mengenai kemungkinan rombakan Jemaah Menteri susulan spekulasi peletakan jawatan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook dan serta masa depan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.
“Masih awal lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pameran Minggu Pembinaan Antarabangsa, di sini.
Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai kemungkinan berlaku rombakan Jemaah Menteri, dengan dua menteri dijangka mengosongkan jawatan masing-masing.
Loke meletak jawatan hujung September lalu selepas bekas perdana menteri Najib Razak diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara atas kesalahan rasuah bawah tahanan rumah.









