Tangkap layar video tular menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terjatuh selepas berpaut pada pintu belakang sebuah kereta.SEREMBAN: Polis sedang menyiasat kejadian seorang kanak-kanak lelaki terjatuh di atas jalan raya selepas berpaut pada pintu belakang sebuah kereta seperti yang tular di media sosial, dipercayai berlaku di kawasan Plaza Tol Nilai, di sini.
Ketua Polis Nilai, Johari Yahya, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penularan video berdurasi kira-kira seminit berhubung kejadian itu pada 11.02 malam semalam.
“Rakaman diambil menerusi kamera papan pemuka kenderaan milik seorang wanita dan dia telah dihubungi bagi mendapatkan keterangan serta rakaman asal kejadian. Bagaimanapun, sehingga kini polis masih belum menerima sebarang maklum balas daripadanya.










