Ketua Polis Perak Mohd Alwi Zainal Abidin (kanan) menunjukkan dadah dirampas pada sidang media hari ini. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang warga Singapura ditahan bersama bagasi berisi bunga ganja bernilai RM1.52 juta di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh, Ahad lalu.

Ketua Polis Perak, Alwi Zainal Abidin, berkata pemeriksaan bagasi penumpang di kaunter daftar masuk kira-kira 6.20 pagi kelmarin menemui 36 bungkusan plastik lut sinar mengandungi ketulan daun kering jenis bunga ganja seberat 19.04kg.

Katanya, siasatan awal mendapati penganggur berusia 29 tahun itu menaiki penerbangan dari Singapura ke Kuala Lumpur, sebelum menginap di sebuah hotel di Kajang, Selangor.

"Suspek dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada seorang pembekal di Kajang sebelum ke Ipoh menggunakan perkhidmatan e-panggilan pada 7 Nov lalu," katanya menurut Sinar Harian dalam sidang media di IPK Perak.