Mahkamah Rayuan mendapati tiada alasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum ini dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi.PUTRAJAYA: Seorang bomoh berusia 50 tahun mula menjalani hukuman penjara lima tahun hari ini selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhirnya terhadap sabitan melakukan perbuatan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita berusia 19 tahun tanpa kerelaannya.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Noorin Badaruddin mendapati tiada alasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum ini dikekalkan Mahkamah Tinggi.

“Hakim bicara menggunakan undang-undang dengan betul ketika mensabitkan perayu,” kata Noorin yang bersidang bersama Hakim Meor Hashimi Abdul Hamid dan Amarjeet Singh.