Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar bersama humanoid AI ketika Jelajah ULTRA5G U Mobile di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU: Suasana di beberapa lokasi tumpuan sekitar Kuala Terengganu bertukar meriah apabila Jelajah ULTRA5G U Mobile singgah dengan pelbagai aktiviti interaktif berasaskan teknologi 5G dan kecerdasan buatan (AI).

Jelajah itu diadakan susulan rangkaian U Mobile ULTRA5G yang kini mencapai 90% liputan kawasan berpenduduk (CoPA) di seluruh negara, sekali gus membawa pengalaman teknologi generasi baharu lebih dekat kepada rakyat.

Sebagai destinasi terakhir siri jelajah Pantai Timur, Kuala Terengganu, melengkapkan perjalanan ULTRA5G U Mobile selepas singgah di Kuantan, Pahang dan Kota Bharu, Kelantan, sebelum diteruskan ke zon utara serta selatan.