Marwan Mohd Nor, 38, mengaku bersalah atas 2 tuduhan kesalahan terhadap mangsa wanita berusia 20 tahun dalam satu kejadian minggu lepas. (Gambar Bernama)KUALA KANGSAR: Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang lelaki yang mengaku bersalah atas tuduhan cuba membunuh dan merogol seorang wanita agar menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.

Hakim Nuur Hafiedzah Md Daud mengeluarkan perintah itu terhadap Marwan Mohd Nor, 38, mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah selepas meneliti keadaan lelaki itu ketika mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Marwan juga meminta mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum bagi tuduhan merogol.

Mengikut tuduhan pertama, dia didakwa cuba membunuh seorang wanita berusia 20 tahun sehingga menyebabkan mangsa cedera di tepi jalan Felda Lasah ke Lintang, di Lubuk Kelah Lintang, Sungai Siput pada 11.20 malam 3 Nov.