KUALA LUMPUR: Pembangunan kediaman yang tidak seimbang dengan permintaan sebenar berisiko menjejaskan kestabilan pasaran hartanah negara, khususnya dalam segmen pangsapuri servis berketumpatan tinggi di kawasan bandar.
Pengarah Urusan JLL Malaysia, Jamie Tan, berkata lebihan bekalan bukan membabitkan keseluruhan pasaran, sebaliknya tertumpu kepada segmen dan lokasi tertentu yang menyaksikan jumlah pembangunan melebihi keperluan pasaran.
"Keadaan itu antara kebimbangan utama firma berkenaan menjelang 2027, memandangkan pasaran kediaman merangkumi kira-kira 62 peratus daripada keseluruhan pasaran hartanah negara.
"Sekiranya keadaan ini tidak dikawal, ia boleh mewujudkan ketidakseimbangan antara bekalan dan permintaan serta memberi kesan kepada kestabilan pasaran hartanah.






