LONDON: Arsenal dan Atletico Madrid dilaporkan sedang mempertimbangkan urus niaga pertukaran pemain berprofil tinggi yang menyaksikan penyerang Argentina, Julian Alvarez berpotensi berhijrah ke Emirates, manakala Martin Zubimendi menuju ke Sepanyol pada jendela perpindahan Januari.
Cadangan itu dianggap mampu memberikan penyelesaian kepada kedua-dua kelab yang berdepan situasi berbeza membabitkan dua pemain berkenaan selepas masing-masing bergelut mendapatkan rentak terbaik pada musim ini.
Menurut laporan media Sepanyol, Radio Nacional de Espana (RNE), Atletico berminat mendapatkan khidmat Zubimendi bagi memperkukuhkan jentera tengah kendalian Diego Simeone, manakala Arsenal pula melihat Alvarez sebagai tambahan berkualiti untuk memperkasakan barisan serangan skuad Mikel Arteta.








