RANTAU PANJANG: Jumlah rakyat Malaysia yang berkunjung ke selatan Thailand menunjukkan trend penurunan apabila hanya 1.15 juta pengunjung direkodkan dari Januari hingga Oktober tahun ini, dipercayai susulan beberapa insiden keselamatan termasuk serangan bom di wilayah berkenaan.
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Rantau Panjang, Siti Khadijah Hamzah, berkata jumlah itu lebih rendah berbanding 1.7 juta pengunjung yang dicatatkan sepanjang 2025.
Beliau berkata, penurunan berkenaan dipercayai sebahagiannya berpunca daripada beberapa insiden keselamatan di selatan Thailand, termasuk kejadian pengeboman di Narathiwat, Pattani dan daerah Sungai Golok.
"Insiden berkenaan memberi kesan kepada pergerakan pengunjung dari Malaysia ke Thailand kerana ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk melancong ke negara jiran itu," katanya.










