Sungai Petani: Pesakit skizofrenia berusia 42 tahun ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh di sebuah pusat jagaan dan rawatan pesakit mental di Lebuh Kempas, Taman Kempas, di sini, semalam.
Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 51 tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas hasil bedah siasat mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan di dada.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata pihaknya menerima panggilan NG MERS 999 pada jam 7.02 malam tadi memaklumkan mangsa yang berasal dari Machang, Kelantan, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Beliau berkata, pihak hospital tiba di pusat jagaan berkenaan kira-kira jam 7 malam dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F05%2Fca051a67bdc6a07ffeb8b77fd28522aa.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


