Manchester: Michael Carrick tetap hadir di pusat latihan Carrington ketika masa depannya sebagai pengendali Manchester United semakin berada di hujung tanduk susulan prestasi mengecewakan kelab itu musim ini.

Carrick dilaporkan tiba di pusat latihan berkenaan seawal jam 7.15 pagi tadi, ketika pengurusan tertinggi United dijangka membuat keputusan mengenai kedudukannya selepas hilang keyakinan terhadap kemampuannya mengemudi pasukan keluar daripada krisis.

Ketua Pegawai Eksekutif United, Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak, Jason Wilcox dilaporkan mengadakan perbincangan pada Isnin bagi menilai sama ada Carrick masih mampu mengubah nasib pasukan.

Keputusan seri 4-4 menentang Aston Villa pada Ahad lalu menyaksikan United berdepan tempoh rehat antarabangsa dalam kelompok zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris, selepas hanya mencatat satu kemenangan daripada 10 perlawanan liga musim ini.