Alor Gajah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, sebagai seorang pemimpin berprinsip yang tetap berpegang kepada pendiriannya susulan pengumuman peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau menghormati pendirian Ahli Parlimen Seremban itu dan merakamkan penghargaan atas khidmat serta kerjasama yang diberikan sepanjang berada dalam Jemaah Menteri.
"Saya sudah membaca kenyataan daripada beliau mengenai peletakan jawatannya.
"Beliau seorang yang berprinsip dan berpegang kepada prinsip itu. Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau sepanjang berada sebagai anggota Jemaah Menteri," katanya selepas merasmikan Program Kemakmuran Pekebun Kecil dan Hari Terbuka RISDA Negeri Melaka 2026 di Universiti Kolej Agrosains Malaysia (UCAM) Ayer Pa'abas, di sini, hari ini.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F02%2F5d196c8258300e164713a79f9623094e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)