Key takeaways
Kementerian Dalam Negeri bersedia melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menggantikan perintah pelepasan denda dengan perintah pengampunan bersyarat, membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
- Mahkamah Tinggi membatalkan Perintah Pelepasan Atas Pembayaran Denda bertarikh 6 November lalu.
- Najib akan menjalani tahanan rumah di No. 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur.
- KDN menjelaskan kelewatan pelaksanaan sebelum ini berpunca daripada persoalan tafsiran undang-undang.
- Kementerian menyatakan penghormatan terhadap keputusan pengampunan diraja dan arahan mahkamah yang sah.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Perintah Pelepasan Atas Pembayaran Denda bertarikh 6 November lalu dibatalkan dan digantikan dengan Perintah Pengampunan Bersyarat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perintah baharu itu menetapkan tertuduh menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan rumah di No. 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur sehingga 23 Ogos 2028.
Beliau berkata, kementerian sentiasa menghormati dan menjunjung tinggi keputusan pengampunan diraja yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan kuasa di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.