KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah secara serta merta.
Tahanan di rumah tersebut selepas Najib, 73, membayar denda RM50 juta susulan pengampunan bersyarat berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.
Hakim Datuk Aslam Zainuddin memerintahkan sedemikian selepas membatalkan perintah pelepasan bertarikh 6 November lalu dan mengeluarkan perintah pelepasan baharu terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.
“Perintah pelepasan atas pembayaran denda bagi ‘order of discharge on payment of fine’ bertarikh 6 November 2026, dengan ini dibatalkan dan digantikan sepenuhnya dengan perintah ini.









