KOTA BHARU: Kedudukan Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) akan diketahui esok.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata perkara itu akan dimaklumkan selepas mesyuarat EXCO kerajaan negeri berlangsung.
"Tunggu mesyuarat EXCO esok," katanya ringkas ketika dihubungi.
Media sebelum ini melaporkan Kamaruddin yang juga EXCO Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri mengakui terdapat desas-desus kerajaan negeri berhasrat menamatkan khidmatnya.








