KOTA BHARU: Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada kerajaan negeri berhubung desas-desus kerajaan negeri mahu menamatkan khidmatnya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Menurut Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Seni dan Warisan itu, beliau hanya menyedari perkara itu melalui khabar angin bertiup kencang.

“Ya, saya sudah mendengar khabar angin itu dan masih menunggu surat rasmi daripada kerajaan negeri sekiranya benar mereka berhasrat menamatkan khidmat saya sebagai EXCO.

“Saya akan mengadakan sidang media sekiranya saya benar-benar digugurkan daripada jawatan EXCO negeri, atau sebaik sahaja menerima surat rasmi berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi.